Sejarah Giatmara Ipoh Barat
Pada mulanya GIATMARA ini dikenali sebagai Giatmara Ipoh Timur yang
beralamat di No.5,Jalan Zarib 8,Kawasan Perindustrian Zarib,31500 Lahat
dan telah mula beroperasi pada bulan Jun 2004 dengan jumlah kakitangan
seramai 7 orang.Pengambilan pelatih sulung adalah pada sesi
Julai-Disember 2004 iaitu seramai 14 orang pelatih telah berpeluang
mengikuti latihan dalam bidang TSK (Teknologi Sistem
Komputer).Seterusnya,jumlah kemasukan pelatih menjadi meningkat kepada
21 orang pada sesi Januari-Jun 2005 dan 28 orang telah dipilih untuk
pengambilan sesi Julai-Disember 2005.
Kini,GIATMARA ini telah bertukar nama kepada Giatmara Ipoh Barat yang
berlokasi di No.155,Jalan Dato' Onn Jaafar,30300 Ipoh,Perak yang mula
dinaiktaraf pada tahun 2006 hingga sekarang.Pada hari ini,jumlah
pengambilan pelatih menjadi semakin meningkat seramai 50 orang pelatih
yang sedang menjalani latihan bagi sesi Januari-Jun 2010.